:: klik sebelum gelak ::

Sunday, July 31, 2011

puasa oh puasa



Makan ketupat dengan lodeh

banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
nanti tak larat pergi Terawih



Bila nak raya tersa suka
sukanya hati tidak terkira
usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka



Buat biskut berpeti-peti
Rasabya letih tidak terperi
jangan reka bom sendiri
tak menjadi yang hilang jari



Berhati-hati di jalan raya
Agar tak de yang hilang nyawa
tak usah beradu spa yang terrer
nanti dapat rumah bertiang dua



Balik kampung suka ria
untuk bertemu sanak saudara
berbelanja sampai tak ingat dunia
lepas raya melopong di tangga



Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
jangan membazir bila beraya
banyak bersedekah ada baiknya



Habis duit pening kepala
pasal raya siap sedia
lepas raya bagai nak gila
pajak gadai teman setia...

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
utang pose bln lepas x bayar
la ni dah masuk pose camne ni??

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung badan
air sirap gak yg dikenang juga


p/s : selamat berpuase ye pade semua
semoga diri menjadi lebih baik dari ramadhan sebelumnye
aminnnnnn ...

Sunday, July 24, 2011

punca disiram air panas


Seorang Penceramah bebas berkata:

 "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."


Hadirin terkejut dan terpaku...



Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."



Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.



Salman yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,



"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."



Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Salman membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas..


!@#$%^&^%$#

Sunday, June 5, 2011

aduhai syukri ~



Kerana sudah berasa insaf, syukri pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

 Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada syukri.

 syukri tersenyum. 

Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga.

 syukri menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . 

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang syukri kembali menepuk bahunya dan syukri mendengar bisikan dari pak cik itu...

 "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".